Tuesday 23 July 2019

Selidik sebelum menzahirkannya

Zaman sekarang merupakan zaman fitnah. Apa saja yang kita lakukan pasti akan terdedah dengan prasangka dari orang2 disekeliling kita.
Semua ini memang tidak dapat kita elakkan kerana ini menandakan zaman penjajahan al masih dajjal itu makin hampir.

Ya Allah,semoga kita semua dijauhi dan diselamatkan dari fitnah tersebut. Fitnah dimana semua nabi dan rasul kabarkan betapa dahsyatnya akan terjadi.

Mulai sekarang ayuhlah kita sentiasa muhasabah diri. Jangan terlalu taksub dengan hiburan yang melalaikan. Ajak suami isteri anak2 ahli keluarga untuk sama2 dekatkan diri dengan Allah. Jaga silaturrahim jaga hubungan dengan Allah. Sentiasa jadikan sabar dan solat menjadi jalan penyelesaian permasalahan.

Jadikan alquran dan sunnah sebagai pegangam hidup. Mula check kelemahan diri dan bersedia untuk dibentuk dan diperbaiki mana yang kurang. Jadilah kita seorang muslim yang kuat imannya.

Jangan sesekali kita mudah bersangka2 dengan orang disekeliling kita sebelum kita tahu kebenarannya. Pertama ,lihat dengan mata sendiri. Kedua,dengar dengan telinga sendiri. Ketiga,soal dan dapat kan kepastian. Barulah boleh membuat kesimpulan.

Saya suka sarankan agar kita sentiasa amalkan saling bersangka baik sesama kita. Jika ada membisikkan kata2 yang kurang selesa segera menidakkan dengan mengantikannya dengan kata2 yang positif. InsyaAllah hati kita akan lebih tenang dan bahgia.

Itu sahaja perkongsian utk hari ini.

Semoga bermanfaat.

Yang baik datang dari Allah yang kurangnya dari kelemahan saya sendiri. Mohon ampun dan maaf jika saya tersalah.

Bahagia dan membahagiakan
Nurhaleeda Emylyana Suhaimi

Thursday 18 July 2019

Kisah sahabat menjadi tangisan dan doaku

Kisah ni berlaku beberapa hari yang lepas. Dimana sahabat yang aku anggap sahabat dunia akhirat susah senang sama2 telah mengalami insiden kehilangan barang yang penting.

Kisahnya bermula apabila beliau ingin menunaikan solat asar di masjid UIA Gombak.( dia student master di situ). Menurut beliau dia meletakkan beg laptop beserta fail2 penting di belakang masjid sementara dia menunaikan solat asar. Seusai dia solat asar dia telah menyedari barangnya dia sudah tiada di tempat beliau letakkan tadi.

Beliau cuba menghubungi nombor handphone yang telah dibawa bersama2 beg beliau tersebut. Ada seorang perempuan menjawab dan berjanji akan memulangkan beg beliau. Tapi banyak pula alasan perempuan tersebut apabila dia kata dia memerlukan laptop sahabat saya itu dan dia juga turut meminta nombor pin kad bank sahabat saya jika mahu barang beliau dikembalikan.

Ibarat dipukau ,sahabat saya menurut sahaja dan apabila diperiksa dia telah kehilangan sejumlah duit. Saya mengetahui kejadian ini apabila hati saya tergerak ingin menanyakan tentang thesis beliau. Samada sudah siap atau belum. Apabila dengan sedihnya dia mengatakan kejadian tersebut kepada saya. Hati saya bagai luluh turut merasai kehilangan dan kesedihan dia. Air mata sudah berlinangan.

Dalam doa saya sentiasa saya doakan agar dia mendapat ganti barang yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik. Saya nukilankan kisah ini disini agar kelak ia mengingatkan saya bahwa sahabat saya pernah  ditimpa kesusahan dan saya mesti membantu meringankan walau hanya dengan doa.

Semoga menjadi pelajaran buat kita. Kalau nak kemana2 terutamanya student jangan bersendirian pastikan berteman. Sekarang banyak dah kes pukau untuk dapatkan keuntungan. Pastikan kita perempuan terutamanya sentiasa berjaga2.

Semoga Allah melindungi kita semua. Semua ujian ini datang dari Allah utk sahabat saya agar menguatkan lagi imannya. InsyaAllah

Friday 12 September 2014

Pengorbanan ibu tunggal

My mom mmg seorang yang sangat struggle dlm menyara kelima2 adik2 saya. Bayangkan dia terpaksa travel jauh utk berjualan , kadang2 perjalanan ke destinasi tu mengambil masa 5 6 jam baru sampai.

    Dia terpaksa tinggalkan adik2 di rumah dan alhamdulillah adik2 tak banyak merungut walaupun mereka sering ditinggalkan oleh my mom yg memang setiap kali cuti sekolah dia akan outstation g pendalaman utk berjualan.

My mom memang bergantung sepenuhnya dengan hasil jualan dia. Dia jual pakaian terpakai yg diimport dari luar negara dan juga biskut makanan segera. Ramai yg tak percaya, termasuk saya sendiri, dengan pendapatan berjualan tu, my mom bole beli kereta Hilux yg tiap bulan bayaran ansurannya around 1k.

Memang I salute sangat kat my mom, sapa mampu, menyara 5 orang anak dengan sendirinya tanpa bantuan sesiapa.
Kadang2 my mom sentiasa berkongsi ngan I, dia sentiasa bimbang dengan adik2 I cause dia tak dapat tumpukan banyak masa dan perhatian dengan adik2. Memang sedih mendengar luahan hati seorang ibu.
   
     Apa bole buat, I bawah jagaan my ayah so I tak dapat tolong banyak melainkan hanya dengan doa. Kadang2 bila dengar my mom selalu cerita permasalahan dengan adik2,masalah bisnes dia, mmg rasa nak lompat terus dari kl ni pegi sarawak. Apakan daya, hanya mampu mendoakan moga hati mummy tabah dlm mengharungi semua ini,
I tahu my mom memang seorang yang kuat. Kekuatannya menyamai kekuatan seorang lelaki dan bole jadi ada lelaki di luar sana tak mampu buat as my mom buat sekarang.

     Dulu masa masih tinggal ngan my mom, I pun selalu ditinggalkan dengan adik2, dan memang mengharukan sebab walau letih macamana sekalipun my mom akan sentiasa pastikan keadaan rumah tak kucar kacir. My mom akan buat kerja rumah yg kitorang tak buat even dia letih sekalipun.

     Marah seorang ibu memang biasa, kalau anak dia buat silap. Bagi I, marah seorang ibu itu menunjukkan dia caring dengan kita dan dia nak kita sedar dengan kesilapan kita agar kita menjadi insan yang berguna.
    
Apapun I doakan my mum sentiasa diberikan kesihatan yg baik dan semoga dia terus tabah melalui kehidupan ini. Semoga dia berjumpa lagi dengan jodoh yg baik yg dapat membantu beliau dlm urusan dunia dan akhirat. Amiin..

Sentiasa doakan yg terbaik utk kedua orang tua ku.
Tiada yang lebih bernilai melainkan melihat senyuman dan kegembiraan di wajah mereka . I harap sangat yang I sempat membahgiakan keduanya dengan membawa kejayaan kepada mereka.  Aamiin.