Tuesday, 23 July 2019

Selidik sebelum menzahirkannya

Zaman sekarang merupakan zaman fitnah. Apa saja yang kita lakukan pasti akan terdedah dengan prasangka dari orang2 disekeliling kita.
Semua ini memang tidak dapat kita elakkan kerana ini menandakan zaman penjajahan al masih dajjal itu makin hampir.

Ya Allah,semoga kita semua dijauhi dan diselamatkan dari fitnah tersebut. Fitnah dimana semua nabi dan rasul kabarkan betapa dahsyatnya akan terjadi.

Mulai sekarang ayuhlah kita sentiasa muhasabah diri. Jangan terlalu taksub dengan hiburan yang melalaikan. Ajak suami isteri anak2 ahli keluarga untuk sama2 dekatkan diri dengan Allah. Jaga silaturrahim jaga hubungan dengan Allah. Sentiasa jadikan sabar dan solat menjadi jalan penyelesaian permasalahan.

Jadikan alquran dan sunnah sebagai pegangam hidup. Mula check kelemahan diri dan bersedia untuk dibentuk dan diperbaiki mana yang kurang. Jadilah kita seorang muslim yang kuat imannya.

Jangan sesekali kita mudah bersangka2 dengan orang disekeliling kita sebelum kita tahu kebenarannya. Pertama ,lihat dengan mata sendiri. Kedua,dengar dengan telinga sendiri. Ketiga,soal dan dapat kan kepastian. Barulah boleh membuat kesimpulan.

Saya suka sarankan agar kita sentiasa amalkan saling bersangka baik sesama kita. Jika ada membisikkan kata2 yang kurang selesa segera menidakkan dengan mengantikannya dengan kata2 yang positif. InsyaAllah hati kita akan lebih tenang dan bahgia.

Itu sahaja perkongsian utk hari ini.

Semoga bermanfaat.

Yang baik datang dari Allah yang kurangnya dari kelemahan saya sendiri. Mohon ampun dan maaf jika saya tersalah.

Bahagia dan membahagiakan
Nurhaleeda Emylyana Suhaimi

Thursday, 18 July 2019

Kisah sahabat menjadi tangisan dan doaku

Kisah ni berlaku beberapa hari yang lepas. Dimana sahabat yang aku anggap sahabat dunia akhirat susah senang sama2 telah mengalami insiden kehilangan barang yang penting.

Kisahnya bermula apabila beliau ingin menunaikan solat asar di masjid UIA Gombak.( dia student master di situ). Menurut beliau dia meletakkan beg laptop beserta fail2 penting di belakang masjid sementara dia menunaikan solat asar. Seusai dia solat asar dia telah menyedari barangnya dia sudah tiada di tempat beliau letakkan tadi.

Beliau cuba menghubungi nombor handphone yang telah dibawa bersama2 beg beliau tersebut. Ada seorang perempuan menjawab dan berjanji akan memulangkan beg beliau. Tapi banyak pula alasan perempuan tersebut apabila dia kata dia memerlukan laptop sahabat saya itu dan dia juga turut meminta nombor pin kad bank sahabat saya jika mahu barang beliau dikembalikan.

Ibarat dipukau ,sahabat saya menurut sahaja dan apabila diperiksa dia telah kehilangan sejumlah duit. Saya mengetahui kejadian ini apabila hati saya tergerak ingin menanyakan tentang thesis beliau. Samada sudah siap atau belum. Apabila dengan sedihnya dia mengatakan kejadian tersebut kepada saya. Hati saya bagai luluh turut merasai kehilangan dan kesedihan dia. Air mata sudah berlinangan.

Dalam doa saya sentiasa saya doakan agar dia mendapat ganti barang yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik. Saya nukilankan kisah ini disini agar kelak ia mengingatkan saya bahwa sahabat saya pernah  ditimpa kesusahan dan saya mesti membantu meringankan walau hanya dengan doa.

Semoga menjadi pelajaran buat kita. Kalau nak kemana2 terutamanya student jangan bersendirian pastikan berteman. Sekarang banyak dah kes pukau untuk dapatkan keuntungan. Pastikan kita perempuan terutamanya sentiasa berjaga2.

Semoga Allah melindungi kita semua. Semua ujian ini datang dari Allah utk sahabat saya agar menguatkan lagi imannya. InsyaAllah