Kisah ni berlaku beberapa hari yang lepas. Dimana sahabat yang aku anggap sahabat dunia akhirat susah senang sama2 telah mengalami insiden kehilangan barang yang penting.
Kisahnya bermula apabila beliau ingin menunaikan solat asar di masjid UIA Gombak.( dia student master di situ). Menurut beliau dia meletakkan beg laptop beserta fail2 penting di belakang masjid sementara dia menunaikan solat asar. Seusai dia solat asar dia telah menyedari barangnya dia sudah tiada di tempat beliau letakkan tadi.
Beliau cuba menghubungi nombor handphone yang telah dibawa bersama2 beg beliau tersebut. Ada seorang perempuan menjawab dan berjanji akan memulangkan beg beliau. Tapi banyak pula alasan perempuan tersebut apabila dia kata dia memerlukan laptop sahabat saya itu dan dia juga turut meminta nombor pin kad bank sahabat saya jika mahu barang beliau dikembalikan.
Ibarat dipukau ,sahabat saya menurut sahaja dan apabila diperiksa dia telah kehilangan sejumlah duit. Saya mengetahui kejadian ini apabila hati saya tergerak ingin menanyakan tentang thesis beliau. Samada sudah siap atau belum. Apabila dengan sedihnya dia mengatakan kejadian tersebut kepada saya. Hati saya bagai luluh turut merasai kehilangan dan kesedihan dia. Air mata sudah berlinangan.
Dalam doa saya sentiasa saya doakan agar dia mendapat ganti barang yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik. Saya nukilankan kisah ini disini agar kelak ia mengingatkan saya bahwa sahabat saya pernah ditimpa kesusahan dan saya mesti membantu meringankan walau hanya dengan doa.
Semoga menjadi pelajaran buat kita. Kalau nak kemana2 terutamanya student jangan bersendirian pastikan berteman. Sekarang banyak dah kes pukau untuk dapatkan keuntungan. Pastikan kita perempuan terutamanya sentiasa berjaga2.
Semoga Allah melindungi kita semua. Semua ujian ini datang dari Allah utk sahabat saya agar menguatkan lagi imannya. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment